- Hit: 1867
10 April 2012 - Menghargai jasa. Sesungguhnya YBK tidak lupa akan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus menjaga keamanan negara, dan dengan itu berbesar hati memberikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia (PBPKNM).
Sumbangan diterima oleh Encik Louis selaku wakil PBPKNM dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairi Jalaluddin. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban bekas anggota keselamatan yang sudah berkorban mempertahankan negara tercinta ini.