Sesi taklimat ini adalah bersempena dengan inisiatif menjadikan MPP SMK Tun Sardon sebagai 'anak angkat' YBK. Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin beserta Eksekutif Sukarelawan YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Seramai 20 orang ahli MPP hadir dalam sesi taklimat ini.
Sesi taklimat dimulakan oleh kata-kata aluan oleh saudara Mohd Nasrullah Mohd Yahya selaku ketua MPP SMK Tun Sardon. Sesi diteruskan dengan penerangan berkenaan YBK dan Sukarelawan YBK oleh Encik Audi Faliq Ibrahim dan Encik Zulhairy Jalaluddin. Sesi soal jawab menyusul di mana ramai peserta diberi ruang mengajukan pertanyaan atau pendapat kepada wakil YBK. Sesi diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata antara pihak SMK Tun Sardon dan YBK. Borang pendaftaran sukarelawan turut diedarkan dan seluruh peserta telah mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan YBK.
Semoga sesi taklimat ini menjadi langkah pertama dalam Sukarelawan YBK mengorak langkah menjangkaui liputannya ke lebih banyak kawasan khususnya di negeri Johor dan di seluruh Malaysia amnya.