bersama Sukarelawan YBK. Datoβ Mat Yasir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK bersama Encik Zulhairy Jalaluddin, CEO YBK turut sama menyertai lawatan ini.
Pihak YBK telah menghulurkan sumbangan kepada Pakcik Karim untuk meringankan beban beliau. Kes Pakcik Karim telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tindakan susulan sedang diambil untuk membantu warga emas ini, termasuk membantu beliau mendapat tempat tinggal yang lebih selesa. Semoga inisiatif yang dijalankan oleh YBK bersama JKM dapat membantu Pakcik Karim memulakan hidup baru yang lebih baik.
Juga Skuad SKY telah melawat keluarga Encik Samun Karan, yang tinggal di dalam rumah yang dibina menggunakan barangan terpakai. Encik Samun bekerja sebagai pemandu lori dan pendapatan beliau tidak mampu menampung kos menyara keluarga. Pihak YBK melalui Skuad SKY telah memberikan sumbangan kepada keluarga Encik Samun dan telah mengusahakan melalui JKKK untuk mendapatkan rumah yang lebih baik.
Semoga inisiatif yang diberikan oleh YBK dan pihak-pihak berkaitan dapat membantu keluarga Encik Samun untuk mendapat rumah yang lebih selesa dan seterusnya meningkatkan motivasi diri untuk berusaha ke arah yang lebih baik