AKYBK dan MMAM bersetuju untuk bekerjasama dan bersedia memberikan, antara lainnya khidmat nasihat tentang teknologi tinggi dan bidang-bidang yang berkaitan denganya, khidmat runding bagi melaksanakan program sejajar dengan agenda nasional (ETP Road Map) dan pelan pelaksanaan projek dan peruntukan bagi menjayakan program kemahiran teknologi tinggi yang dirancang bagi mencapai hasrat bersama untuk melahirkan pekerja mahir kolar biru berpendapatan tinggi.ย
Turut hadir dalam majlis tersebut Datin Hartini Osman (ALPA), Pn. Norleza Hambali (Pengurus AKYBK) dan Mohd Romdani Sharif (Pen. Pengurus AKYBK) dari Yayasan Basmi Kemiskinan. MMAM pula turut disertai Dr. Hasnah Ismail (Managing Consultant) dan Pn. Mahasuria Idris (General Manager). Lawatan ke AKYBK telah dilakukan setelah selesai menandatangani perjanjian persefahaman tersebut.