Kelana Jaya, 16/2/2012 - Buat pertama kalinya mesyuarat agung Koperasi Kasih YBK Selangor Berhad (KO-KASIH) telah diadakan di ibupejabat YBK Kelana Jaya. Mesyuarat kali pertama ini dihadiri hampir 60 orang kakitangan YBK, SMPM, YBKU, PYBK, PLYBK serta Akademi Kemahiran Gesir. Objektif mesyuarat ini diadakan untuk memilih serta melantik Pengerusi serta Anggota Lembaga koperasi.

Mereka yang dipilih adalah sebagai Lembaga Pengarah adalah YBhg. Datin Hartini Osman (Pengerusi), Zulhairy Jalaluddin (Timbalan Pengerusi), Zol Kahar Samsury (Setiausaha I), Audi Faliq Ibrahim (Setiausaha II), Siti Aishah Osman (Setiausaha III),Che Ayzayem Che Amdan (Bendahari I), Rozita Arbain (Bendahari II), Norleza Hambali, Zulkifli Zali, Alia Zam, Wazir Mansor dan Janita Aga Mohd Jaladin (Ahli Jawatankuasa). Sepanjang mesyuarat ini berlansung, ahli-ahli koperasi diberi penerangan mengenai perancangan serta halatuju Koperasi Kasih YBK Selangor Berhad. Koperasi Kasih YBK bercadang bagi tahun kedua dan seterusnya koperasi ini dibuka keahliannya kepada kesemua Alumni YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;