Serendah, 29/12/2011 - satu majlis penyerahan tugas Pengetua Asrama Kasih YBK telah diadakan di Asrama Kasih Serendah petang ini. Majlis dihadiri Pengerusi, kakitangan YBK dan asrama serta pelajar asrama.  Majlis ini adalah sempena penyerahan tugas oleh Hj Abdul Latif Hussein kepada Zainiah Bt Amin yang akan mengambil-alih tugas sebagai Pemangku Pengetua Asrama Kasih YBK bermula  pada 2/1/2012.

Dalam ucapannya Dato berharap sistem pengurusan asrama yang telah dilaksanakan oleh pengurusan Tuan Hj Latif Hussein dikekalkan dengan nilai tambah yang sesuai.  Beliau yakin Pemangku Pengetua baru mampu mengambil alih tugas dengan baik berdasarkan pengalamannya sebagai seorang guru dan pemimpin masyarakat. Dato Pengerusi berharap semua pelajar dan alumni terus memberi sokongan kepada asrama di masa hadapan.

Sempena majlis tesebut, semua kakitangan asrama juga telah meletakkan jawatan. Oleh kerana mereka telah berkhidmat 7-12 tahun pengurusan YBK tiada halangan dan melantik 4 orang kakitangan baru iaitu Nor Faizah bt Abdullah (Diploma digital fotografi & images di UTM, Siti Khalijah bt Dahalan  (Ijazah Serjana Sains  Matematik USM), Halimaton Shaadiah bt Abdullah (Ijazah Serjana Muda ICT UNITAR) dan Nur Shafira Kamaruddin  (Ijazah Feqah & Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia) yang akan memulakan tugas sewal 24/12/2011

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;