Disamping itu datuk dan nenek terpaksa pula menjaga 6 orang lagi cucu dan anak mereka. Semasa lawatan tersebut, semua 6 orang adik beradik tidak lagi bersekolah. Daripada ujian membaca yang dilakukan oleh pegawai YBK mendapati kebolehan membaca telah menurun walaupun masih mengenal huruf. Untuk tujuan tersebut YBK bercadang menawarkan 2 dari mereka ditempatkan di Asrama Kasih YBK Gesir. Manakala baki 4 orang lagi sedang diuruskan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan selanjutnya.
Semasa lawatan YBK telah menyumbangkan RM200.00 kepada penjaga kanak-kanak tersebut ntuk meringankan beban hidup harian mereka.
- Hit: 1550
Gombak, 19/10/2011 – Skuad Kasih YBK bersama Yayasan Nur Karangkraf telah melawat 6 orang anak yatim piatu di Pangsapuri Mutiara Gombak Batu 7 Jalan Gombak yang telah kehilangan ibu dan ayah. Mereka sekarang dipelihara oleh datuk mereka Mohd Salleh bin Zahari yang tidak begitu sihat yang bergantung pula dengan usaha pencarian isterinya Norsimah bt Mohd Nor sebagai mengambil upah menjual sate di gerai berhampiran UIA Gombak.