- Hit: 1889
YBK besama krew TV Al-Hijrah untuk hari 2 meneruskan kajian penggambaran program TV Realiti Man Jadda Wa Jadda. Responden ke 2, Encik Roslan bin Ramli yang bekerja sebagai tukang dengan pendapatan RM600.00 sebulan mempunyai 5 orang anak di mana 3 orang sedang bersekolah dan 2 masih kecil di sekitar Arau Perlis. Isteri pula menghadapi sakit tyroid dab tinggal di rumah yang sangat daif. YBK bersama Bank Islam cuba membantu keluarga Encik Rolsan dengan mendapatkan lokasi yang sesuai untuk berniaga dan bantuan perkakasan bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan makanan.
Responden ke 3, Puan Sharifah Taubah bt Syed Ahmad, ibu tunggal dengan 9 orang anak di mana 8 darinya masih belajar. Buat masa ini, beliau sekeluarga menumpang di rumah saudara yang sangat daif. Jika diizinkan keluarga Puan Sharifah dijangka akan mendapat suntikan bantuan modal dari Bank Islam membantu perusahaan cendawaan yang sedang diusahakannya seterusnya meningkatkan pendapatan Puan Sharifah. Kemahiran menanam cendawan yang diperolehi dari anak lelakinya menyebabkan dia yakin akan dapat mengubah kehidupannya.