YBK yang diwakili oleh YBhg Tuan Haji Bing Selamat Bin Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah bersama Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif telah turun padang ke kawasan Parlimen Kuala Kedah untuk menyerahkan sendiri bantuan tersebut kepada Puan Tanty Yusnita, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah dan wakil surau yang terbabit.
Semoga sumbangan ini daoat memberi kemudahan kepada ahli-ahli kariah surau terbabit untuk menunaikan ibadat dengan sempurna. YBK merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah, ahli-ahli kariah surau dan mereka yang terlibat sepanjang kami berada di sana.
- Hit: 1762
Kepala Batas, 26/11/2010 – YBK melalui program sukarelawannya telah menyampaikan 250 helai sejadah untuk surau-surau yang terjejas teruk semasa banjir besar di negeri Kedah lepas. Objektif utama penyerahan ini ialah untuk membantu meringankan beban kewangan pihak pengurusan surau dalam menyediakan peralatan solat yang rosak teruk akibat bencana banjir.