Sabak Bernam - Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Desa Kasih telah di Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar telah diadakan hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang di dewan orang ramai BNO.  Program tajaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dirasmikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom, pengerusi YBK. Dato Zainal juga juga mengambil kesempatan menziarahi dan menyampaikan hadiah makanan kepada beberapa orang warga emas di situ. Ini adalah lawatan rasmi Dato sebagai Pengerusi YBK selepas 10 tahun menyerahkan rumah kepada keluarga termiskin di BNO ini.

Program juga menyediakan ceramah kesihatan oleh Dr. Saieyah Abdullah dari Hospital Orang Asli Gombak berkenaan dengan penyakit pangkal rahim dan Dr. Kularaga dari Pusat Kesihatan Kecil Sg Air Tawar berkenbaan dengan penyusuan ibu.

Program ini meningkatkan kesedaran di kalangan wanita berkaitan dengan kesihatan dalam menangani penyakit berisiko tinggi seperti barah payu dara dan barah pangkal rahim. Program terakhir ini melibatkan tiga buah Desa Kasih iaitu Desa Kasih BNO, Desa Kasih Sekendi dan Desa Kasih Tg Jawa. Dianggarkan lebih dari 50 orang peserta dari kalangan penduduk Desa Kasih BNO, Desa Kassih Sekendi dan Desa Kasih Tg Jawa telah mengambil bahagian.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;