Cheras - YBK mengadakan lawatan ke Taman Sinar Harapan Cheras. Lawatan ini bertujuan mendapat taklimat dan pengalaman pengurusan dalam mengendalikan pusat pemulihan orang kurang upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Timbalan Pengurus Taman Asuhan tersebut, Encik Rosman Zainal Abidin telah memberikan taklimat dan membawa rombongan YBK ke sekitar premis. Dalam sesi taklimat beliau telah menjelaskan dari operasi pemilihan, perkhidmatan, latihan dan kemahiran pelatih dan kebajikan peserta. Walau bagaimanapun oleh kerana premis dalam proses pembinaan semula oleh pihak kementerian hanya terdapat 13 orang orang kurang upaya yang dijaga merea. Rombongan YBK diketuai oleh Datin Hartini Osman, ahli lembaga pemegang amanah YBK dan kakitangan YBK bersama arkitek YBK.

Lawatan ke pusat pemulihan orang kurang upaya ini merupakan sebahagian usaha YBK mendap[at pandapa peandangn serta memperlajari pengalaman jabatan Kebajikan Mesyarakat dalam pengurusan hal-ehwal orang kurang upaya yang dirancang olehg YBK tidak lama lagi

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;