- Hit: 1732
28 Feb, Kelana Jaya – YBK akan melaksanakan Program KUNTUM 2009 mulai bulan Mac hingga Oktober. Program ini menyediakan tuisyen SPM percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu mengikuti program tuisyen swasta yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Program tuisyen ini akan diadakan di beberapa buah sekolah luar bandar terpilih di seluruh Semenanjung.
Justeru itu, pada 28 Februari hingga 1 Mac, 2009, satu perjumpaan antara pegawai YBK dengan Penyelaras-penyelaras KUNTUM dari Kelantan dan Terengganu telah diadakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Terengganu yang terlibat adalah SMK Chalok, SMK Saujana, SMK Pelong, SMK Penarek dan SMK Sg Tong. Manakala sekolah dari Kelantan adalah SMK Panji, SMK Salor, SMK Pangkal Kalong dan SMK Kedai Buloh, Kelantan
Pada pertemuan tersebut, Penyelaras-penyelaras KUNTUM telah diberi taklimat serta membincangkan prestasi murid dan beberapa perubahan pada borang KUNTUM 2009. Hasil dari perjumpaan ini , Penyelaras-penyelaras KUNTUM telah memberi cadangan untuk mengadakan seminar teknik menjawab soalan SPM secara berkesan kepada pelajar-pelajar KUNTUM bagi menghadapi peperiksaan