Perbincangan hari ini telah memutuskan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 orang keahlian dari kalangan mualaf yang memerlukan bantuan dan sokongan atau yang ingin memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Setelah mendapat keahlian yang mencukupi, mereka akan membentuk sebuah organisasi dengan tersusun seperti jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program seterusnya. YBK telah memberikan komitmen akan menyokong komuniti ini dengan bantuan dan sokongan yang mampu diberikan dengan tatacara yang akan dibincangkan kelak.
- Hit: 1675