- Hit: 1614
Kelana Jaya, 7/1/2009 - YBK telah mengadakan perbincangan dengan Encik Chen Swee Pang pakar motivasi pendidikan yang telah menjayakan Program 'Compertent And Predective Education' untuk Pelajar Asrama Kasih YBK sepanjang 10-22 Dis 2008 yang lepas. Di dalam program tersebut seramai 48 orang dari kalangan pelajar Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK JAMBOR Sakti berjaya berjaya meningkatkan tumpuan mental pelajar. Pelajar juga berjaya meningkatkan kecekapan dan kebolehan pelajar mengira dengan menggunakan dan tanpa alat 'sempua'.
Dalam perbincangan hari ini yang turut dihadiri oleh Dato Zainal Sakom dan Hj Bing Selamat Amir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), Encik Chen Swee Pang mencadangkan Program intensif Bahasa Inggeris dengan metodologi yang diciptanya sangat berkesan untuk meningkatan kebolehan pelajar dalam interactive dan written English. Seramai 50 orang pelajar UPSR, 50 orang PMR dan 50 orang SPM akan dipilih dari kalangan pelajar Asrama Kasih YBK Serendah Dan Asrama Kasih JAMBOR SAKTI Gesir dan pelajar dari sekitar asrama akan dipilih mengikuti program selama 1 tahun bermula 1 Feb 2009 akan datang. Menurut Encik Chen Swee Pang, beliau berjanji semua pelajar dijamin akan mencatat A dalam English dalam peperiksaan masing-masing.