Sg Buloh, 30/6/2008 - Dato Pengerusi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kolam ternakan ikan hantu di Subang 2 Sg Buloh. Ikan hantu ini juga dikenali dengan nama ketutu, belontok, sunhock, haruan bodoh, ikan ubi atau marble goby telah diternak secara komersial oleh sebuah syaraikat tempatan, Camar Progresif Sdn Bhd yang menternak ikan tersebut untuk pasaran dalam negeri.

Dato Pengerusi bersama beberapa orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan CEO YBK telah meluangkan masa hampir 2 jam di premis di mana ikan tersebut dipelihara di dalam kolam fibre. Di akhir sesi lawatan Dato bercadang akan mengemukakan cadangan ke kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan peruntukan bantuan kewangan bagi menjayakan projek ternakan ikan tersebut.

Menurut pengusaha ikan tersebut, syarikat masih tidak dapat memenuhi permintaan menerima tempahan dari dalam, apatah kagi permintaan luar negara seperti Singapura dan Hong Kong.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;