- Hit: 1597
Kg. Orang Asli Ulu Melaka Hulu Selangor, 24/6/2008 - Pada sabtu lepas, YBK dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara telah berjaya menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita yang julung kali diadakan di perkampungan orang asli. Program ini ternyata mendapat sambutan dengan penyertaan ramai penduduk orang asli dalam aktiviti-aktiviti dijalankan. Program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar bandar khasnya wanita orang asli supaya mendapat awal untuk menangani penyakit berisko tinggi seperti barah payudara, pangkal rahim, diabetes dan darah tinggi. Dengan adanya program ini pengkala data profail kesihatan penduduk wanita yang di saring dapat dikumpulkan.
Di samping program saringan kesihatan yang di jalankan, memberikan kerjasama dalam menyertai program sukaneka yang di jalankan. Antaranya pertandingan bayi sihat, kutipan gula terbanyak, mewarna, baling bola menuju sasaran, timang bola ping pong, sepak raga bulatan, bowling buah kelapa, acara telur naga dan menganyam. Turut serentak berlangsung adalah pertandingan karaoke yang melibatkan penyertaan hampir 50 orang peserta yang akhirnya di menangi oleh peserta yang menyanyikan lagu "Apo Nak dikato". Program di akhiri dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Dato' Zainal Abidin bin Haji Sakom. Sebagai ucapan terima kasih Penduduk telah mempersembahkan tarian asli mereka kepada semua yang hadir dalam program tersebut.