- Hit: 1716
Bangi, 4/6/2007 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS bersetuju pada dasarnya menerima seramai 69 orang pelajar dari Kolej Institut Teknologi Mutiara YBK Tg Malim, ITMY melanjutkan pelajaran di berbagai jurusan di KUIS. Perbincangan antara pihak YBK dengan KUIS yang dijalankan sejak tahun lepas akhir selesai apabila YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom mengadakan perbincangan dengan Dato Hj Mohd Adanan bin Isman, Rektor KUIS pada hari ini di pejabatnya.
Dalam perbincangan tersebut Dato Zainal Abidin meminta jasa baik KUIS menerima cadangan YBK menerima bayaran sebayak RM79,133.00 sebagai pekej bayaran yuran pengajian pelajar ITMY tersebut bagi membantu mereka yang kebanyakan dari ekluarga miskin meneriuskan pengajian disebabkan kepuutsan YBK menutup kolej ITMY disebabkan masalah kewangan. Dato Adnan selaku Rektor telah menyatakan persetujuan akan bersuha membantu menyelesaikan masalah YBK tersebut