- Hit: 1698
Serendah, 25/6/2007 - Mohd Arif bin Othman dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Sempena Program Gemilang Kemerdekaan 50 Tahun Yayasan Basmi Kemiskinan sekolah seluruh Batang Kali. Seramai 192 orang peserta dari sekolah-SMK Serendah, SMK Bukit Sentosa, SMK Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, SMK Sg Buaya, SMK Syed Mashor Batang Kali dan SMK Ulu Yam telah mengambil bahagian dalam berbagai acara yang dipertandingkan.
Acara yang dipertandingkan adalah Pidato, Deklamasi Sajak, Melukis Poster, dan Menulis Esei untuk kategori menengah rendah (Tingkatan 1-4) dan Menengah Atas (Tingkatan 5 - 6). Mereka yang telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan adalah
Pidato (Menegah Atas) - Mohamad Arief bin Othman (SMK Bandar Baru Batang Kali), Pidato (Menengah Rendah) - Nurshazareena Suhaida bt Zait (SMK Bkt Sentosa), Deklasamasi Sajak Patriotik (Menengah Atas) - Mohamad Fuad bin Ahmad, (SM Sains Hulu Selangor), Deklasamasi Sajak Puisi Patrioti (Menengah Rendah)- Nur Ain bt Badrul Zaman (SM Sains Hulu Selangor), Melukis Poster
(Menengah Atas) - Chan Jit Yuen (SMK Bandar Baru Batang Kali), Melukis Poster (Menengah Rendah) - Nadira Natasha bt MMohd Nazan (SMK Bandar Buaya), Menulis Esei (Menengah Atas) - Noor Shaza Akma bt Shamsuddin (SMK Sg Choh), Menulis Esei (Menengah Rendah) - Erly Furhana Furny bt Saharudin SMK Bkt Sentosa)
YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali merangkap Pengerusi YBK, telah merasmikan Majlis Penutup Pertandingan yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah. Menurut YB Dato semua pemenang pidato dan deklamasi sajak patriotik akan membuat persembahan di hadapan orang ramai sempena menyambut Malam Kemerdekaan DUN Batang Kali yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Batang Kali LIga Mas pada malam 31 Ogos akan datang