Johor Bahru, 13/12/2006 - Pengisytiharan ‘Negeri Maju 2005’ oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Ogos 2005 menunjukkan kemiskinan tegar di negeri ini telah mencatat kadar sifar. Justeru, visi YBK  ‘Tiada Lagi Rakyat Termiskin di Selangor 2005’ tidak lagi relevan untuk digunapakai.


Sehubungan itu, Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan satu Sesi Percambahan Fikiran yang bertujuan mengkaji semula organisasi YBK terutama dari aspek visi, misi, matlamat, kumpulan sasar dan strategi.  YBK juga perlu menaiktaraf  program-programnya supaya lebih sesuai dengan keperluan semasa.

Dua tajuk telah diperbentangkan untuk kupasan idea dan pandangan dari peserta-peserta iaitu ‘Menyusun Semula Program YBK’ dan Penstrukturan Semula YBK’. Dalam ucapan aluan, Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom mengajak semua peserta untuk bersama-sama memberi pandangan dan idea-idea bagi menaiktaraf YBK walaupun YBK telah berjaya dalam matlamatnya membasmi kemiskinan. Beliau juga berharap agar tahun 2007, YBK akan meluaskan sayapnya ke luar negeri Selangor bagi memastikan program-program pembasmian kemiskinan YBK akan dapat dinikmati bersama oleh rakyat negeri lain di Malaysia.

Sesi ini telah membuat satu resolusi dimana Visi YBK akan diubah kepada ‘Negara sejahtera, maju dan bebas dari kemiskinan’ dengan memastikan tiada lagi golongan miskin di Malaysia melalui program pendidikan yang berkualiti untuk meningkatkan ilmu, kemahiran sekaligus mengubah sikap kumpulan sasar.

Peserta Sesi Percambahan Fikiran terdiri pegawai-pegawai YBK, Hj Bing Selamat Amir,  Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Prof Dr Shukrey Mohamed, KUSTEM Terengganu, Prof Chamhuri Siwar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, pegawai dari anak syarikat YBK, tetamu jemputan serta kakitangan Yayasan sendiri

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;