- Hit: 1715
Kelana Jaya, 16/8/2006 - YBKΒ akan bekerjasama dengan Persatuan Penjaga Jentera Elektrik Malaysia (PAJEMA) untuk menjadikan Pusat Bertauliah MLVK YBK di Gesir, Hulu Selangor sebagai pusat bagi menjalankan kursus-kursus elektrikal yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga.
Justeru, satu mou telah ditandatangani antara YBK dan PAJEMA bagi memastikan segala usaha yang akan dilaksanakan mencapai matlamatnya. YBK telah diwakili oleh Pengerusinya, YB Datoβ Haji Zainal Abidin Haji Sakom manakala PAJEMA pula diwakili oleh Presidennya, Haji Shaharuddin Ahmad Sham. Turut hadir di majlis ini ialah Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Naib Presiden PAJEMA, Haji Arif Damanhuri dan Pengetua Pusat Bertauliah MLVK YBK, Norleza Hambali.