- Hit: 1671
Sabak Bernam, 23/7/2005 - YBK telah menganjurkan Seminar Teknologi Kejayaan Diri sesi 1 untuk semua pelajar program KUNTUM 2005. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjadikan para peserta lebih cemerlang di dalam pelajaran dan peperiksaan SPM akan datang. Program padat selama sehari ini mendedahkan peserta kepada konsep-konsep dan kaedah-kaedah yang telah terbukti keberkesanannya untuk menjadikan setiap insan yang mengamalkannya akan lebih dinamik dan cemerlang. Para peserta akan dibentuk nilai dirinya menjadi lebih jitu melalui perubahan kepercayaan diri yang lengkap.
Seminar ini dibahagikan kepada 2 zon. Zon 1 untuk pelajar program KUNTUM daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor yang telah diadakan di Hay Resort N Services Sabak Bernam pada 9 Julai 2005 yang dihadiri seramai 225. Seminar Zon 2 untuk pelajar KUNTUM daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Klang, Gombak sebahagian Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah diadakan di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam. Seramai lebih 470 pelajar telah hadir. Seminar ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Md. Taib bin Mat, Fasilitator dari Bintang Generasi Sdn Bhd.
Seminar ini adalah seminar kedua selepas program pertama yang telah diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam pada 21 Ogos 2004. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh. Selain berceramah, peserta juga didedahkan kepada teknik-teknik fizikal yang dapat membantu memantapkan diri peserta seperti senamrobik dengan muzik, latihan pernafasan, mematahkan kikir besi dan pembacaan ikrar. YBK berharap seminar ini dapat mengasah dan meluahkan segala potensi yang ada dalam diri peserta. Ia mampu membantu peserta menjadi orang yang cemerlang dalam apa jua situasi