- Hit: 1590
Kuala Selangor, 27/5/2006 - Untuk kedua kalinya YBK telah dipilih oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan (PLP) dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan peruntukan kewangan sebanyak RM100,000.00. Seramai 20 belia-beliawanis telah terpilih untuk mengikuti program tersebut selama 6 bulan mulai hari ini.
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Tuan Abdul Aziz Hussein Sazaly telah meluangkan masa merasmikan majlis pendaftaran program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menegaskan agar belia-beliawanis yang terpilih mengikuti program tersebut supaya menggunakan peluang yang diberi ini dengan sebaiknya. Program ini adalah salah satu usaha mendokong cita-cita kerajaan melahirkan belia-beliawanis yang berkemahiran.
Beliau amat berterima kasih kepada YBK kerana telah berjaya melahirkan belia-beliawanis yang berkemahiran. Beliau juga amat berpuas hati dengan laporan kejayaan peserta pertama program (PLP) yang telah dibuat kajian oleh YBK. Beliau nampak kumpulan PLP ini telah berjaya mencapai hasrat kerajaan iaitu dengan adanya kemahiran, mereka berjaya mendapat pendapatan bulanan yang lebih baik yang mampu mengeluarkan keluarga mereka dari putaran ganas kemiskinan. Kajian yang dibuat ini juga dapat melaporkan outcome peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi mensejahterakan lagi rakyat.
Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa memantau perjalanan program ini. Mungkin program ini akan diperluaskan lagi sekiranya terus menghasilkan βoutcomeβ yang positif seperti kumpulan pertama, tegas Tuan Abd. Aziz.
Beliau amat berpuas hati dengan maklumbalas positif yang dilaporkan oleh pengurusan YBK. Tugas YBK membangunkan insan adalah satu tugas mulia. Ini ada satu pengalaman baru kepadanya. Cara YBK melaksanakan program ini juga memenuhi kehendak pejabat pembangunan yang mana sistem saringan dan pemantauan YBK amat telus.
PPNS amat berharap semoga peserta program ini sentiasa mengambil iktibar dengan keadaan sekeliling. Jangan leka dan ambillah peluang keemasan ini, ujar Tuan Abd Aziz mengakhiri ucapannya.