- Hit: 1690
Shah Alam, 10/7/2004 - YBK telah menyampaikan sijil kemahiran Malaysia dalam pelbagai bidang seperti automatif dan komputer bertempat di Kelab Shah Alam. Seramai 76 orang pelatih dari kolej-kolej komuniti YBK iaitu Pusat Bertauliah MLVK Institut Mutiara YBK Gesir, Pusat Latihan Kuala Selangor dan Institut Komuniti Mutiara YBK Banting di bawah Skim Kesejahteraan Rakyat (SKR) KKLW
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Dato Zainal Karib bin Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato Ahmad Tufti Ketua Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.