Dalam ucapannya, Datoโ Hamzah percaya kumpulan pertama yang diambil dari seluruh kawasan FELCRA di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang ini akan berjaya merealisasikan impian dan harapan Yayasan FELCRA untuk melihat generasi mudanya mendapat kemahiran dan mendapat latihan menjadi usahawan yang akan membuka bengkel, pusat-pusat servis dan lain-lain perniagaan berkaitan dengan automobil.
Menurut beliau lagi, kejayaan pelatih-pelatih ini akan menjadi pendorong kepada Yayasan FELCRA untuk menaja lebih ramai lagi belia-belianya mengikuti kursus-kursus llatihan kemahiran seperti ini.
Di majlis yang sama juga, Datoโ Hamzah telah merasmikan Pusat Servis 99. Pusat servis ini merupakan nilai tambah dalam kursus automobil ini dan wajib diikuti oleh semua pelajar
- Hit: 1586
Kuala Selangor, 27/7/2004 - SEKOLAH Kejuruteraan Institut Teknologi Mutiara YBK menerima seramai 29 orang anak-anak FELCRA untuk dilatih dalam bidang automobil selama 9 bulan. Pelatih-pelatih ini merupakan kumpulan perintis yang mengikuti program ini hasil kerjasama antara YBK dengan Yayasan FELCRA. Penyerahan pelatih-pelatih ini telah disempurnakan oleh Pengerusi FELCRA, Senator Datoโ Hamzah Zainudin dan Pengerusi YBK, Datoโ Haji Zainal Abidin Sakom.