- Hit: 1728
Kuala Selangor, 21/7/2004 - YBK telah menerima lawatan 9 orang pegawai daripada Kementerian Buruh dan Pekerjaan Bangladesh ke Bengkel Jahitan YBK dan Pusat ICT Desa Kasih Sg Kajang. Tujuan lawatan ini adalah untuk belajar pengalaman Kementerian Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah membangunkan model pembasmian kemiskinan melalui latihan kemahiran.
Pegawai dari Bangladesh telah diberi taklimat oleh Pegawai YBK, Puan Sureini Sulaiman bagaimana YBK merancang dan membangun dan melaksanakan program latihan kemahiran menjahit di kalangan suri rumah dari keluarga miskin di luar bandar, khususunya Desa Kasih Sg Kasih Tg Karang.