- Hit: 1725
Hulu Selangor, 18/12/2004 - Institut Teknologi Mutiara YBK (ITMY), Gesir Tengah akan membina sebuah lagi asrama untuk kegunaan mahasiswi-mahasiswinya yang dijangka siap pada tahun 2004. Asrama ini merupakan asrama tambahan bagi menampung jumlah pelajar baru yang dijangka akan melanjutkan pelajaran mereka di ITMY bagi sesi 2004.
Satu majlis pecah tanah telah diadakan di perkarangan ITMY yang dirasmikan oleh YB Datoβ Haji Mohd Idris Haji Abu Bakar, ADUN N7 Hulu Bernam. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi YBK merangkap Presiden ITMY, Datoβ Zainal Abidin Sakom, pegawai-pegawai dari anak syarikat YBK, dan Naib Presiden Kumpulan Institut Teknologi Pendidikan YBK, Bing Selamat Amir.