- Hit: 1771
Shah Alam, 15/9/2003 - Program yang dibuat oleh ahli-ahli Konsortium Kad ‘Keranamu Malaysia’ (Malunder, PESAKA, YBK, PEYATIM YPEIM) telah dilancarkan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Hj Muhd Taib, Presiden PESAKA.
Majlis juga dihadiri oleh 30 orang pelajar miskin dari Asrama Kasih YBK, Serendah. Kad ‘Keranamu Malaysia’ berfungsi untuk mengimbas kembali negarawan dan pemimpin negara yang banyak berjasa demi pembangunan negara dengan menggunakan sistem i-cash (www.icash2me.com). Kad ini akan dikeluarkan dalam 7 corak yang berbeza dan boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi dan akan dipasarkan melalui ahli-ahli konsortium.