- Hit: 1925
Sabak Bernam, 7/6/2003 - Projek pengumpulan dan pembelian buah kelapa sawit merupakan projek pertama Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah Sabak Bernam Berhad dilancarkan hari ini. Ahli Koperasi tersebut keseluruhannya ialah peserta-peserta Desa Kasih Merbau Berdarah yang merupakan golongan termiskin atau peserta program pembangunan rakyat termiskin (PPRT). Pendaftaran koperasi tersebut telah diluluskan pada 11 September tahun lalu dengan bilangan ahlinya seramai 149 orang. Pelancaran projek ini dirasmikan oleh YB. Datoโ Haji Mat Yasir Hj Ikhsan, ADUN Sg Ayer Tawar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada JKKK kampung dan pemilik kebun kelapa sawit di sekitar kawasan terletaknya pusat timbang ini.
Dalam ucapan perasmiannya, Datoโ Haji Mat Yasir menyeru pemilik kebun-kebun kelapa sawit yang tidak mempunyai ikatan dengan mana-mana pembeli yang lain supaya menjadikan pusat timbang yang dimiliki Koperasi ini sebagai pilihan kedua untuk menjual hasil buah kelapa sawit mereka. Menurut beliau โMenjual kelapa sawit di pusat timbang ini tidak secara langsung turut membantu meningkatkan ekonomi peserta-peserta Desa Kasih Merbau Berdarah yang kini masih didalam tempoh peralihan kepada taraf ekonomi yang lebih baik dibandingkan dengan taraf ekonomi yang sebelum iniโ.
Pusat timbang tersebut kini telah mula membeli buah-buah kelapa sawit yang dihantar oleh penduduk sekitar dan diperingkat awal ini urus niaga yang dilakukan dipusat timbang ini ialah antara 4 hingga 5 ton sehari.