- Hit: 2050
LUMUT - Unit Sukarelawan YBK telah mengadakan satu perjumpaan dengan wakil penduduk Kg Labohan Bilis, Teluk Senangin bagi membincangkan cadangan mengadakan program gotong-royong dan motivasi kepada penduduk kampung. Perjumpaan melibatkan pegawai daripada YBK seramai 4 orang dan wakil penduduk dan dilaksanakan secara santai pada jam 12 tengahari.
Perbincangan ini merupakan yang pertama dilaksanakan secara rasmi selepas satu lawatan informal dilaksanakan oleh wakil YBK, En. Romdani Sharif beberapa bulan sebelumnya. Persepakatan telah tercapai antara wakil penduduk dan YBK di mana gotong-royong pembaikan rumah akan dilaksanakan di samping sesi motivasi bersama anak-anak penduduk. Tarikh program akan ditentukan kemudian selepas koordinasi dengan Tok Sidang untuk kawasan Segari dan pemimpin masyarakat setempat.
Diharapkan cadangan ini dapat dilaksanakan memandangkan ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan malah memberi ruang untuk YBK berbakti kepada masyarakat dan kekal relevan dalam arus kemajuan negara.