- Hit: 1815
Peperangan yang berlaku di negaranya menyebabkan kanak-kanak Iraq, Yasmine Waβadi, 9, kehilangan kedua-dua belah kakinya. Walaupun begitu, keperitaannya dapat dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin sejak beliau menjalani rawatan di negara ini. Pengerusi YBK, Datoβ Haji Zainal Abidin Sakom sempat meluangkan masa mengunjungi Yasmine di Hospital Bersalin Cina (CMH) pada 27 Mei 2003 lalu. Turut hadir Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, dan pegawai dari Permodalan YBK dan YBK Services.
Yasmine dijangka keluar dari CMH sehingga akhir minggu depan bagi memastikan jangkitan pada kaki kananya sembuh sebelum dipindahkan ke Hotel Swiss-Garden bagi memudahkannya mendapat rawatan susulan di hospital tersebut. Beliau dijangka menerima kaki palsunya selepas 15 Jun setelah jangkitan dan luka pada kakinya sembuh. Yasmine akan berada di negara ini selama empat untuk mendapatkan rawatan lanjutan dan menyesuaikan dirinya dengan kaki palsunya kelak.