- Hit: 1665
Kuala Lumpur, 10/8/2002 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menaja 38 calon UPSR menghadiri program Klinik Kecemerlangan UPSR. Calon-calon tersebut adalah dari semua Desa Kasih YBK di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Tujuan YBK menaja anak-anak Desa Kasih ini menghadiri program-program yang sedemikian ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam berbagai aktiviti pendidikan. Ianya juga bertujuan untuk menarik minat para peserta untuk belajar dengan cemerlanga.
Program tahunan anjuran Akhbar Didik Berita Harian dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Insan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini banyak memberi pendedahan kepada teknik-teknik menjawab peperiksaan. Para peserta juga diberi pendedahan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebagai memberi semangat dan motivasi kepada para peserta apabila menghadapi peperiksaan UPSR yang akan dihadapi pada awal September ini.
Selain itu para peserta juga diberi ujian gerak kerja bertulis di dalam setiap subjek. Mereka juga menyertai beberapa aktiviti pemantapan termasuk ceramah agama yang dibimbing oleh penceramah yang berpengalaman.Para peserta berharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya oleh YBK terutama kepada adik-adik mereka yang juga memerlukan program yang sebegini bagi memperbaiki kecemerlangan mereka dalam peperiksaan.