- Hit: 1629
Kelana Jaya 20/5/2000 - Seramai 8 orang peserta dari CIRDAP Centre On Intergrated Rural Development For Asia & Pacific) membuat kunjungan sambil belajar ke YBK dan agensi-agensi yang mengendalikan program pembasmian kemiskinan khususnya dalam program micro-credit kepada golongan miskin di Malaysia.
Lawatan ini bermula dari 20 – 31 Mei 2000 dimulai dengan taklimat YBK yang disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Haji Mohd Tamin. Delegasi dibawa melawat ke projek-projek YBK disamping lawatan ke Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Amanah Ikhtiar Malaysia, Yayasan TEKUN, Yayasan Muafaq dan Yayasan Bumiputera Pulau Pinang.