Kuala Selangor, 31/10/2000 - Seramai lebih 40 orang pelatih-pelatih kurusu jahitan Pusat Latihan KEDA, Kedah telah membuat lawatan sambil belajar ke beberapa projek Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) baru-baru ini. Pelatih-pelatih ini telah dibawa melawat ke Desa Kasih Merbau Berdarah, Sabak Bernam dan Institut Teknologi Mutiara - YBK (ITMY), Lembah Bernam. Sepanjang lawatan tersebut para pelatih telah diberikan taklimat secara menyeluruh tentang YBK dan program-program yang dilaksanakan sejak penubuhannya 10 tahun yang lalu.

Menurut guru pengiring lawatan ini, tujuan utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelatih tentang pelaksanaan program pembangunan ekonomi khususnya kepada golongan miskin dan termiskin di bawah kelolaan YBK terutama tentang pelaksanaan operasi bengkel-bengkel jahitan YBK. Peserta lawatan juga turut dibawa melawat ke bengkel jahitan Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) dan berpeluang melihat sendiri bagaimana operasi bengkel tersebut serta produk-produk yang dihasilkan. Di samping itu juga, para pelatih turut dibawa melawat ke Institut Teknologi Mutiara - YBK (ITMY), Lembah Bernam dan turut diberi taklimat tentang operasi institusi tersebut, sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Baharu bagi meneruskan program lawatan mereka

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;