PUCHONG, 19 November 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah dijemput untuk bersama dalam Program Ziarah Kasih Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi menyantuni keluarga terpilih di sekitar Kampung Bukit Lanchong, Puchong.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Khairil Khalid (Ahli Majlis Zon 7 MBSJ) dan turut disertai oleh wakil daripada EDOTCO Group selaku penyumbang, ICU JPM Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama barisan sukarelawan, JPKK Bukit Lanchong serta pegawai dari MBSJ.

YBK telah diwakili oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia YBK); Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK); dan Puan Nur Dianah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia YBK).

Program Ziarah Kasih MBSJ ini telah menyantuni 15 keluarga dan YBK mengambil peluang mendapatkan maklumat penerima untuk mengenal pasti bentuk bantuan yang sesuai khususnya dalam bidang pendidikan.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK JOINS MBSJ’S ZIARAH KASIH COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME

PUCHONG, 19 November 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was invited today to participate in the Ziarah Kasih Programme organised by Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), to reach out to selected families in the Kampung Bukit Lanchong area, Puchong.

The programme was attended by Encik Muhammad Khairil Khalid, MBSJ Councillor for Zone 7, and representatives from EDOTCO Group as the programme’s contributor, the Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department (JPM), Selangor, Lembaga Zakat Selangor, the Department of Social Welfare (JKM), as well as volunteers, the Bukit Lanchong Village Development and Security Committee (JPKK), and MBSJ officers.

YBK was represented by Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Administration and Human Resources Manager of YBK; Encik Audi Faliq Ibrahim, Media and Public Relations Manager of YBK; and Puan Nur Dianah Zakaria, Assistant Deputy Manager of Administration and Human Resources of YBK.

The MBSJ Ziarah Kasih Programme reached out to 15 families. YBK took the opportunity to gather information on the beneficiaries to identify suitable forms of assistance, particularly in the area of education.