SUBANG JAYA, 29 Oktober 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima jemputan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk sesi taklimat berkenaan YBK kepada anggota penguatkuasa.

Seramai 40 orang anggota penguatkuasa telah hadir pada sesi taklimat yang diadakan di Bilik Gerakan 1, Jabatan Penguatkuasaan MBSJ. Taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Turut bersama, Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Objektif taklimat adalah untuk memberi penerangan berkenaan program-program YBK kepada anggota penguatkuasa, khususnya berkenaan program pendidikan di Asrama Kasih dan Akademi Kemahiran YBK, motivasi, bantuan, serta keusahawanan. YBK juga mengambil maklum berkenaan beberapa cadangan yang dikemukakan, dan akan diperhalusi secara lanjut.

Difahamkan secara keseluruhan jumlah anggota penguatkuasa MBSJ adalah lebih 200 orang, dan taklimat ini akan dilaksanakan dalam beberapa sesi pada masa akan datang bagi memberi ruang kepada seluruh anggota penguatkuasa MBSJ mendapatkan maklumat dan berinteraksi secara langsung dengan YBK.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK BRIEFING FOR MBSJ ENFORCEMENT OFFICERS

SUBANG JAYA, 29 October 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) received an invitation from the Subang Jaya City Council (MBSJ) to conduct a briefing on YBK for its enforcement officers.

A total of 40 enforcement officers attended the briefing, which was held at Operations Room 1, MBSJ Enforcement Department. The briefing was delivered by Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK. Also present were Puan Halimaton Saadiah, YBK Manager of Education, Human Capital and Research, and Encik Audi Faliq Ibrahim, YBK Media and Public Relations Manager.

The objective of the briefing was to introduce YBK’s programmes to the enforcement officers, particularly its educational programmes at Asrama Kasih and Akademi Kemahiran YBK, as well as its motivational initiatives, assistance programmes and entrepreneurship initiatives. YBK also took note of several suggestions put forward during the session, which will be reviewed further.

It is understood that MBSJ has more than 200 enforcement officers in total. Therefore, additional briefing sessions will be organised in the future to ensure that all MBSJ enforcement officers have the opportunity to learn more about YBK and engage directly with its representatives.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;