SHAH ALAM, 25 September 2025 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hari ini telah menyampaikan pembentangan bertajuk 'Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Pendidikan YBK' di sesi perbincangan kumpulan (Focus Group Discussion) 'Sosioekonomi dan Mobiliti Pendapatan' yang merupakan sebahagian acara Program Libat Urus Belanjawan Negeri Selangor 2027.

Sesi Focus Group Discussion Sosioekonomi dan Mobiliti Pendapatan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Papparaidu A/L Veraman (EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan Selangor) telah dihadiri oleh wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri, ahli akademik, NGO dan pemegang taruh berkaitan sumber manusia dan pembasmian kemiskinan. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Dapatan daripada sesi perbincangan kumpulan ini dan juga sesi-sesi perbincangan yang berlangsung kemudiannya dibentangkan dalam sesi plenari, soal jawab dan penggulungan bersama Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari (Dato' Menteri Besar Selangor).


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK CHAIRMAN DELIVERS PRESENTATION AT THE SELANGOR STATE BUDGET 2027 ENGAGEMENT SESSION

SHAH ALAM, 25 September 2026 – Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, today delivered a presentation titled “Poverty Eradication Through YBK’s Education Programme” during the “Socioeconomic and Income Mobility” Focus Group Discussion (FGD), held as part of the Selangor State Budget 2027 Engagement Programme.

The Focus Group Discussion on Socioeconomic and Income Mobility, chaired by YB Tuan Papparaidu A/L Veraman, Selangor EXCO for Human Resources and Poverty Eradication, was attended by representatives from federal and state agencies, academics, NGOs, and relevant stakeholders in the areas of human resources and poverty eradication. Also in attendance were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), and Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK.

The findings from this Focus Group Discussion, together with those from subsequent discussion sessions, were later presented during the plenary session, followed by a question-and-answer session and concluding remarks with Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar of Selangor.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;