MEDAN (INDONESIA), 11 Ogos 2026 - YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan Presiden G100 Global Club telah diundang untuk menyampaikan syarahan khas kepada mahasiswa baru Institut Bisnis dan Komputer (IBK) di Medan, Indonesia.

Syarahan telah berlangsung di Auditorium IBK dengan penglibatan lebih 200 mahasiswa ambilan baru (Tahun Akademik 2026/2027) bersama para pensyarah dan pegawai IBK Indonesia. Jumlah mahasiswa IBK Indonesia secara keseluruhannya berjumlah hampir 1,000 orang. Turut bersama, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), YBrs. Prof. Dr. Togu Harlen Lumban Raja (Pengasas Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia - YLMI) dan YBrs. Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, M.Si, (Ketua YLMI).

YBhg. Datin Dr. Hartini dalam syarahannya bertajuk "Zero To Hero" telah berkongsi perjalanan kehidupan serta pengalaman hampir empat dekad dalam dunia perniagaan dan kebajikan kepada para mahasiswa yang hadir. Beliau menegaskan bahawa kegagalan itu bukan satu noktah tetapi satu permulaan kepada kecemerlangan. Beliau juga berkongsi bahawa mahasiswa perlu mempunyai keberanian, kesungguhan, disiplin, keyakinan serta integriti dalam mengharungi cabaran kehidupan sebagai mahasiswa dan seterusnya apabila di alam pekerjaan nanti. Generasi mahasiswa masa kini perlu membina kemampuan untuk mencipta pekerjaan, menjadi pencipta teknologi dan menjadi pencetus perubahan.

Selain YBhg. Datin Hartini, turut diundang untuk memberi syarahan adalah YBhg. Dato' Zainal, yang merupakan sebahagian pengisian program "Kuliah Umum" yang bertemakan "Membangkitkan Motivasi Mahasiswa Untuk Meraih Masa Depan Yang Gemilang".


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


DATIN DR. (H.C.) HARTINI DELIVERS “ZERO TO HERO” LECTURE TO IBK INDONESIA STUDENTS

MEDAN (INDONESIA), 11 August 2026 – YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), and President of the G100 Global Club, was invited to deliver a special lecture to new students of the Institut Bisnis dan Komputer (IBK) in Medan, Indonesia.

The lecture was held at the IBK Auditorium and attended by more than 200 newly enrolled students for the 2026/2027 academic year, together with IBK lecturers and officers. IBK Indonesia has a total student population of nearly 1,000 students. Also present were YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; YBrs. Prof. Dr. Togu Harlen Lumban Raja, Founder of Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia (YLMI); and YBrs. Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, M.Si., Chairperson of YLMI.

In her lecture, titled “Zero to Hero,” Datin Dr. Hartini shared her life journey and nearly four decades of experience in business and philanthropy with the students. She emphasized that failure is not an endpoint, but rather the beginning of excellence. She also highlighted that students need to cultivate courage, determination, discipline, confidence, and integrity as they navigate the challenges of university life and, subsequently, the working world. Today's generation of students must develop the ability to create jobs, become technology creators, and drive positive change.

In addition to Datin Dr. Hartini, Dato' Zainal was also invited to deliver a lecture as part of the “Kuliah Umum” (Public Lecture) program, themed “Motivating Students to Achieve a Bright Future.”

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;