KELANA JAYA, 30 Julai 2026 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia (YLMI) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berlangsung hari ini sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi. Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, M.Si, Ketua YLMI, dan YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin bin Hj. Sakom, Pengerusi YBK.

Sesi tanda tangan MoU turut disaksikan oleh YBrs. Prof. Dr. Togu Harlen Lumban Raja, Pengasas YLMI, serta YBrs. Tuan Hj. Zulhairy bin Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Pemeteraian MoU ini melambangkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan hubungan serta membina kerjasama yang lebih erat. Kedua-dua organisasi berkongsi aspirasi dan komitmen untuk membangunkan jaringan kerjasama yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman.

YLMI dan YBK akan meneroka pelbagai bentuk kerjasama meliputi bidang pendidikan, penyelidikan, latihan industri, amali kerja lapangan, pembangunan modal insan dan khidmat masyarakat. Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala yang lebih kukuh antara Malaysia dan Indonesia.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK AND INDONESIA'S YLMI FORGE STRATEGIC PARTNERSHIP THROUGH MOU SIGNING

KELANA JAYA, 30 July 2026 – A Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony between the Yayasan Lembaga Manajemen Indonesia (YLMI) and Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held today, marking a significant step towards strengthening the strategic partnership between the two organizations. The MoU was signed by Dr. Ir. HD. Melva Sitanggang, Chairperson of YLMI, and YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK.

The signing ceremony was witnessed by Professor Dr. Togu Harlen Lumban Raja, Founder of YLMI, and Mr. Haji Zulhairy Jalaluddin, Member of the YBK Board of Trustees. The exchange of the MoU symbolizes the commitment of both organizations to deepen their relationship and foster closer collaboration. YLMI and YBK share a common vision of building a strategic partnership that contributes to community development through the exchange of knowledge, expertise, and experience.

Under this partnership, YLMI and YBK will explore collaborative initiatives in a wide range of areas, including education, research, industrial training, fieldwork and practical placements, human capital development, and community service. It is hoped that this collaboration will serve as a catalyst for stronger bilateral ties between Malaysia and Indonesia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;