- Hit: 9
BANDA HILIR, 25 Jun 2026 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom hari ini telah hadir sebagai ahli panel untuk Forum Pembasmian Kemiskinan bertajuk 'Memahami Kemiskinan, Memperkasa Penyelesaian: Cabaran & Strategi' yang berlangsung di Hatten Hotel, Melaka.
Forum ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Work Camp Bumbung Kasih Bersama Rakan Strategik anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor, di mana ICU Selangor telah menghimpunkan jabatan, agensi, NGO serta rakan strategik berkaitan bagi membincangkan isu-isu berkaitan gerak kerja pembasmian kemiskinan di negeri Selangor.
Ahli-ahli panel yang lain adalah YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA UKM), YBrs. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Timbalan Naib Canselor - Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Kelantan), dan wakil dari MyFundAction. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare), YBrs. Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK, dan Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK.
YBK turut menyertai sesi sumbang saran berkumpulan dalam program ini bagi berkongsi idea serta pengalaman pembasmian kemiskinan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK CHAIRMAN SERVES AS PANELIST AT SELANGOR ICU POVERTY ERADICATION FORUM
BANDA HILIR, 25 June 2026 – YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), participated today as a panelist in the Poverty Eradication Forum titled “Understanding Poverty, Empowering Solutions: Challenges and Strategies”, held at Hatten Hotel, Melaka.
The forum was part of the Work Camp Bumbung Kasih with Strategic Partners, organized by the Selangor Implementation Coordination Unit (ICU Selangor). The program brought together government departments, agencies, non-governmental organizations (NGOs), and strategic partners to discuss issues and collaborative efforts related to poverty eradication in the state of Selangor.
The other panelists were YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Director of MINDA UKM; YBrs. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) of Universiti Malaysia Kelantan (UMK); and a representative from MyFundAction.
Also in attendance were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare); Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; the YBK Administration and Human Resources Manager; and the YBK Media and Public Relations Manager.
In addition to the forum, YBK also participated in the program’s group brainstorming session, sharing its ideas, experiences, and best practices in poverty eradication.
