KELANA JAYA, 11 Jun 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan Jun 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib mengikuti mesyuarat secara dalam talian. Turut bersama, YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, ketua-ketua jabatan, karyawan dari outlet-outlet YBK, dan pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

YBhg. Dato' Zainal dalam amanat beliau kali ini menekankan bahawa setiap karyawan perlu melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan memanfaatkan kemahiran, pengalaman dan idea yang dimiliki untuk meningkatkan prestasi diri serta organisasi. Beliau menyebutkan contoh kepimpinan YBhg. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki (Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai contoh teladan, selain menekankan pentingnya kerja berpasukan, budaya mencari penyelesaian terhadap setiap cabaran, serta usaha berterusan memperbaiki kelemahan organisasi.

Mesyuarat ditangguhkan dengan penyampaian cenderahati kepada Puan Nur Dianah Zakaria yang baru melangsungkan perkahwinan, penyerahan Kad Karyawan (staff card), dan sambutan hari lahir karyawan yang lahir pada bulan Jun.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK SEMANGAT MENDAKI MEETING – JUNE 2026

KELANA JAYA, 11 June 2026 – The June 2026 Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held today at the YBK Headquarters.

The meeting was chaired by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Members of the Board of Trustees (ALPA) in attendance were Mr. Zulhairy Jalaluddin and Mr. Zainal Mohd Jais, while Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib joined the meeting virtually. Also present were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK, department heads, staff from YBK’s various outlets, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. and Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

In his address, Dato’ Zainal emphasized that every employee should carry out their responsibilities by fully utilizing their skills, experience, and ideas to enhance both individual and organizational performance. He cited the leadership of Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki, Chairman of Majlis Amanah Rakyat (MARA), as an exemplary model. He also stressed the importance of teamwork, cultivating a solution-oriented culture in addressing challenges, and continuously improving organizational weaknesses.

The meeting concluded with the presentation of a commemorative gift to Puan Nur Dianah Zakaria in conjunction with her recent marriage, the distribution of Staff Cards, and a birthday celebration for employees born in the month of June.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;