(SIDANG VIDEO, ZOOM) 4 Jun 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah melaksanakan Sesi Perkongsian Ilmiah bertajuk "Wakaf Dari Aspek Teori dan Aplikasi" yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan antarabangsa daripada Institut Pertanian Bogor (IPB University) Indonesia.

Seramai lebih 50 peserta yang terdiri daripada karyawan dan pelatih YBK serta IPB University telah mengikuti sesi ini yang telah disampaikan oleh Encik Niko Faiz Fahrezi, pelajar sarjana muda Ekonomi Islam IPB.

Sesi berlangsung selama 2 jam di mana Encik Niko telah berkongsi berkenaan konsep wakaf dan aplikasinya khususnya di negara Indonesia. Ini diikuti dengan sesi soal jawab oleh penceramah dan peserta. Ucapan penutup telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Program seumpama ini telah memberi ruang kepada peserta untuk menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan berkenaan wakaf dan pelaksanaannya. Sesi seumpamanya akan diadakan secara berkala sebagai salah satu wadah menambah ilmu pengetahuan di kalangan karyawan YBK.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


KNOWLEDGE SHARING SESSION: “WAQF FROM THE PERSPECTIVES OF THEORY AND APPLICATION”

(Video Conference via Zoom), 4 June 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) conducted a Knowledge Sharing Session this morning titled “Waqf from the Perspectives of Theory and Application,” presented by an international guest speaker from IPB University (Bogor Agricultural University), Indonesia.

More than 50 participants, comprising YBK staff, trainees, and members of the IPB University community, attended the session, which was delivered by Mr. Niko Faiz Fahrezi, an undergraduate student in Islamic Economics at IPB University.

The two-hour session covered the concept of waqf and its practical applications, particularly in the Indonesian context. This was followed by an interactive question-and-answer session between the speaker and participants. The closing remarks were delivered by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK.

Programs of this nature provide participants with valuable opportunities to gain knowledge and broaden their understanding of waqf and its implementation. Similar sessions will be organized on a regular basis as part of YBK’s ongoing efforts to promote learning and knowledge development among its staff and trainees.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;