KELANA JAYA, 26 Mac 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menyambut ulang tahunnya yang ke-36 sejak penubuhannya pada tahun 1990, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang konsisten memperjuangkan agenda pembasmian kemiskinan secara holistik dan bersepadu di Malaysia.

2. Sepanjang lebih tiga dekad perjalanan ini, YBK telah menyantuni lebih 200,000 keluarga, bersamaan hampir satu juta individu, melalui pelbagai program pendidikan, pembangunan sosio-ekonomi, latihan kemahiran serta bantuan kebajikan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung..

3. Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom menzahirkan rasa syukur atas kesinambungan perjuangan yayasan yang terus mendapat sokongan padu daripada warga kerja, rakan strategik dan hampir 100,000 sukarelawan di seluruh negara. Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan YBK bukan sekadar membasmi kemiskinan dari sudut material, tetapi turut merangkumi kemiskinan pemikiran, nilai dan tanggungjawab dalam masyarakat.

PENDEKATAN “JORAN, BUKAN IKAN”

4. Sejak penubuhannya, YBK berpegang kepada falsafah bahawa bantuan yang sebenar adalah bersifat memperkasa, bukan sekadar memberi. Melalui pendekatan ini, YBK bukan hanya menyediakan bantuan, tetapi membimbing komuniti untuk berdikari dan keluar daripada kitaran kemiskinan.

5. Falsafah ini diterjemahkan melalui konsep “memberi joran, bukan ikan”, di mana penerima manfaat dibekalkan ilmu, kemahiran dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih mampan. Pendekatan ini kemudiannya diperkukuh melalui strategi “Lautan Biru” (Blue Ocean Strategy) dan konsep “Semangat Mendaki” yang menekankan inovasi, penerokaan peluang baharu serta penggunaan ilmu dan teknologi dalam pembangunan komuniti.

PERANAN SEBAGAI PENGHUBUNG STRATEGIK

6. Dalam landskap pembangunan sosial yang semakin kompleks, YBK memainkan peranan penting sebagai pemudah cara yang “menjodohkan” komuniti sasaran dengan pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat dan NGO.

7. Melalui program seperti ‘Jelajah Sejuta Harapan’ di mana YBK turun sendiri bertemu komuniti bersama-sama rakan-rakan strategik dan agensi, YBK memastikan bantuan dan intervensi dapat disampaikan secara lebih efektif, cepat dan menyeluruh, sekali gus mengurangkan jurang antara keperluan komuniti dan sumber yang tersedia.

8. Program-program YBK yang lain seperti Asrama Kasih YBK, Akademi Kemahiran YBK, Sinar Kasih Ramadhan dan lain-lain turut mengguna pakai konsep yang sama iaitu dengan memastikan penglibatan agensi serta rakan strategik secara langsung dan tidak langsung agar hubungan baik dan mesra (rapport) dapat dijalinkan dengan penerima manfaat serta pemegang taruh.

KESIMPULAN

9. YBK akan terus memperkukuh fokus terhadap pembangunan modal insan, khususnya dalam bidang pendidikan, kemahiran dan pembinaan jati diri. YBK komited untuk melahirkan masyarakat yang bukan sahaja bebas daripada kemiskinan, tetapi juga berdaya tahan, berilmu dan bermaruah.

10. Ulang tahun ke-36 ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi simbol kepada kesinambungan sebuah perjuangan yang masih jauh dari selesai. YBK akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk memperluas impak, memperkukuh kerjasama dan memastikan tiada komuniti yang terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Sekian.


PRESS RELEASE – 36 YEARS OF YAYASAN BASMI KEMISKINAN: CONTINUING TO ERADICATE POVERTY, BUILDING WELL-BEING

KELANA JAYA, 26 March 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today marks its 36th anniversary since its establishment in 1990, as a non-governmental organization (NGO) that has consistently championed a holistic and integrated approach to poverty eradication in Malaysia.

Over more than three decades, YBK has reached out to over 200,000 families, equivalent to nearly one million individuals, through various programmes in education, socio-economic development, skills training, and welfare assistance, both directly and indirectly.

The Chairman of YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, expressed gratitude for the foundation’s continued journey, which has been strongly supported by its workforce, strategic partners, and nearly 100,000 volunteers nationwide. He emphasized that YBK’s mission goes beyond addressing material poverty, encompassing poverty of mindset, values, and social responsibility.

“FISHING ROD, NOT FISH” APPROACH

Since its inception, YBK has upheld the philosophy that true assistance should be empowering rather than merely giving. Through this approach, YBK not only provides aid but also guides communities toward self-reliance and breaking free from the cycle of poverty.

This philosophy is embodied in the concept of “giving a fishing rod, not fish,” where beneficiaries are equipped with knowledge, skills, and opportunities to build sustainable livelihoods. This approach is further strengthened through the Blue Ocean Strategy and the concept of “Semangat Mendaki”, which emphasize innovation, exploration of new opportunities, and the use of knowledge and technology in community development.

ROLE AS A STRATEGIC CONNECTOR

In an increasingly complex social development landscape, YBK plays a vital role as a facilitator, “matching” target communities with various government agencies, corporate sectors, and NGOs.

Through programmes such as “Jelajah Sejuta Harapan”, where YBK engages directly with communities alongside strategic partners and agencies, the organization ensures that assistance and interventions are delivered more effectively, efficiently, and comprehensively, thereby reducing the gap between community needs and available resources.

Other YBK initiatives, including Asrama Kasih YBK, YBK Skills Academy, and Sinar Kasih Ramadhan, adopt a similar approach by ensuring the involvement of agencies and strategic partner, both directly and indirectly, to build strong relationships (rapport) with beneficiaries and stakeholders.

CONCLUSION

YBK will continue to strengthen its focus on human capital development, particularly in the areas of education, skills, and character building. The foundation remains committed to nurturing a society that is not only free from poverty but also resilient, knowledgeable, and dignified.

The 36th anniversary is not merely a milestone, but a symbol of an ongoing journey that is far from complete. YBK will continue to move forward with determination to expand its impact, strengthen collaborations, and ensure that no community is left behind in the nation’s development.

Thank you.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;