- Hit: 156
KELANA JAYA, 11 Februari 2026 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi bulan Februari 2026 telah berlangsung di Ibu Pejabat YBK, menghimpunkan barisan kepimpinan dan karyawan bagi memperkukuh hala tuju gerak kerja semasa.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang hadir ialah Encik Zulhairy Jalaluddin, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib dan Encik Zainal Mohd Jais, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad mengikuti mesyuarat secara dalam talian. Turut bersama, Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, ketua-ketua jabatan, karyawan dari outlet-outlet YBK, dan pegawai dari Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Dalam amanatnya, Pengerusi menekankan kepentingan memastikan bulan Ramadan yang bakal tiba dipenuhi dengan program yang bukan sahaja mengukuhkan rohani, malah memberi impak langsung kepada golongan yang memerlukan. Fokus khusus diberikan kepada pengukuhan operasi Asrama Kasih YBK, termasuk galakan sumbangan bersemuka oleh penyumbang, latihan keselamatan berkala, serta penekanan terhadap kebersihan dan kualiti makanan untuk penghuni.
Beliau turut memberi penegasan terhadap aspek tadbir urus dan pelaksanaan program, selain mengingatkan agar setiap pencapaian dan kejayaan didokumenkan secara berfakta bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan YBK. Dokumentasi program pendidikan dan aktiviti dakwah juga perlu diteroka sebagai medium perkongsian ilmu dan penyebaran impak kerja YBK kepada masyarakat.
Mesyuarat ditangguhkan dengan sambutan hari lahir bagi karyawan yang dilahirkan pada bulan Februari, sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan ukhuwah dalam keluarga besar YBK.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK “SEMANGAT MENDAKI” MEETING NO. 2/2026
KELANA JAYA, 11 February 2026 – The February 2026 session of the Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at YBK Headquarters, bringing together the leadership team and staff to strengthen the direction of current initiatives.
The meeting was chaired by Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. Board of Trustees (ALPA) members present were Mr. Zulhairy Jalaluddin, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, and Mr. Zainal Mohd Jais, while Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad joined the meeting online. Also in attendance were Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, Heads of Departments, staff from YBK outlets, and officers from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
In his address, the Chairman emphasized the importance of ensuring that the upcoming month of Ramadan is filled with programmes that not only strengthen spiritual development but also deliver direct impact to those in need. Special focus was given to enhancing the operations of Asrama Kasih YBK, including encouraging face-to-face contributions from donors, conducting regular safety training, and maintaining high standards of cleanliness and food quality for residents.
He also stressed the importance of governance and programme implementation, reminding all that every achievement and success should be properly documented with factual evidence to strengthen public confidence in YBK’s role and contributions. Documentation of educational programmes and dakwah activities should also be explored as a medium for knowledge-sharing and communicating the impact of YBK’s work to the wider community.
The meeting concluded with a birthday celebration for staff born in February, as a gesture of appreciation and to foster stronger bonds within the YBK family.
