KELANA JAYA, 11 Februari 2026 – Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kali ke-2 untuk tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Rumah YBK, Kelana Jaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK dan dihadiri Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz bersama barisan Ketua Jabatan. Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan telah membentangkan laporan dan perancangan Jabatan masing-masing.

Antara urusan yang dibincangkan selain daripada laporan jabatan adalah gerak kerja penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dan juga cadangan program-program pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK MANAGEMENT MEETING NO. 2/2026

KELANA JAYA, 11 February 2026 – The second Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Management Meeting for the year 2026 was held today at Rumah YBK, Kelana Jaya.

The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, and attended by the General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, together with the Heads of Departments. The General Manager and department heads presented their respective reports and departmental plans.

In addition to departmental reports, discussions also focused on the implementation of the Sinar Kasih Ramadhan (SKR) contribution distribution and proposed programmes in conjunction with the upcoming month of Ramadan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;