SHAH ALAM, 9 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah hadir di Majlis Makan Malam sempena program Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA) 2026 yang berlangsung di Universiti Selangor Kampus Shah Alam.

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah memberikan amanat dan ucaptama. Turut hadir, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri, serta tetamu-tetamu jemputan.

Pengerusi program DASA 2026, YBrs. Tuan Zainal Mohd Jais yang juga merupakan ALPA YBK, mengalu-alukan kehadiran YAB Perdana Menteri dan Menteri Besar, dan dalam ucapannya melahirkan harapan agar Shah Alam diangkat sebagai kota sastera dan budaya seiring dengan gagasan Malaysia Madani.

Hadir daripada YBK adalah YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare), Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Ketua-Ketua Jabatan serta karyawan.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK ATTENDS THE SELANGOR INTERNATIONAL DIALOGUE ON LITERATURE AND CULTURE 2026 GALA DINNER

SHAH ALAM, 9 February 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) attended the gala dinner held in conjunction with the Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA) 2026, which took place at Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam Campus.

The event was graced by the Prime Minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, who delivered the keynote address. Also in attendance was the Menteri Besar of Selangor, Amirudin Shari, along with senior federal and state government officials and invited guests.

The Chairman of DASA 2026, Zainal Mohd Jais, who is also a YBK Trustee (ALPA), welcomed the Prime Minister and the Menteri Besar. In his speech, he expressed hope that Shah Alam would be elevated as a city of literature and culture, in line with the Malaysia Madani vision.

Representing YBK were Muhammad Muhd Taib (Founder of YBK), Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK and Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare), Mohd Faisal Tan Mutallib (YBK Trustee), Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as Heads of Departments and staff members.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;