KELANA JAYA, 19 Disember 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 109/2025 bertempat di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya, bermula pada jam 8.00 malam.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad serta Ustaz Mohd Mohd Faisal Tan Mutallib. Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) dan Ketua-Ketua Jabatan YBK.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato’ Pengerusi sebelum agenda mesyuarat dibentangkan. Fokus utama perbincangan adalah pembentangan Belanjawan YBK bagi tahun 2026, serta urusan-urusan berkaitan kewangan.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membentangkan laporan pengurusan serta perkembangan gerak kerja YBK sepanjang tahun 2025 kepada Ahli Lembaga untuk makluman. Ahli Lembaga turut memberikan pandangan dan saranan strategik bagi memperkukuh pengurusan kewangan serta memastikan setiap inisiatif Yayasan memberi impak maksimum kepada golongan sasar.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 malam.