- Hit: 79
KELANA JAYA, 2 Julai 2025 - Mesyuarat Post Mortem bagi Program Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 telah berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dalam format hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui Zoom. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden WEF ASEAN, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman dan dihadiri oleh barisan Lembaga Penasihat serta Sekretariat WEF ASEAN 2025.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai semula pelaksanaan keseluruhan program WEF ASEAN 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada bulan Jun lalu. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu-isu yang timbul sepanjang penganjuran, cadangan penambahbaikan yang konstruktif serta langkah-langkah susulan yang perlu diambil oleh pihak sekretariat. Ahli mesyuarat turut berpeluang memberikan pandangan, maklum balas dan cadangan bagi memperkukuh lagi pelaksanaan program pada masa hadapan.
Dalam ucapannya, Datin Dr. Hajah Hartini Osman turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli Lembaga Penasihat dan pasukan sekretariat atas komitmen serta kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini dari peringkat awal hingga selesai. Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa semangat kerjasama ini akan terus menjadi teras kepada penganjuran program-program berimpak tinggi pada masa akan datang.
YBK adalah penganjur bersama program WEF ASEAN 2025.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
POST-MORTEM MEETING OF WEF ASEAN 2025
The Post-Mortem Meeting for the Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 was successfully held on 2 July 2025 at the headquarters of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), conducted in a hybrid format—both physical and online via Zoom. The meeting was chaired by the President of WEF ASEAN, Datin Dr. Hajah Hartini Osman, and attended by members of the Advisory Board and Secretariat of WEF ASEAN 2025.
The objective of the meeting was to reflect on the overall execution of the WEF ASEAN 2025 programme held in June. Discussions centred on identifying key issues encountered during the event, proposing areas for improvement, and outlining follow-up actions by the Secretariat. Members of the meeting also shared valuable feedback and constructive suggestions to further enhance future implementation.
In her remarks, Datin Dr. Hajah Hartini Osman extended her heartfelt appreciation and gratitude to the Advisory Board and the Secretariat team for their unwavering dedication and teamwork in delivering the programme from start to finish. She expressed her confidence that this spirit of collaboration will continue to drive the success of impactful initiatives in the future.