SERENDAH, 18 Jun 2025 - Delegasi Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 telah mengadakan lawatan ke Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah, untuk melihat sendiri model pembasmian kemiskinan melalui pendidikan yang dilaksanakan oleh YBK.

Delegasi yang tiba di Asrama Kasih YBK telah diberi sambutan meriah oleh para pelajar yang beratur sambil mengucapkan selamat datang serta mengibarkan bendera ASEAN. Persembahan Cak Lempong dan silat turut diperlihatkan kepada delegasi sebelum bergerak ke dewan utama untuk acara seterusnya.

Turut bersama menyambut ketibaan delegasi adalah YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan Ahli Lembaga - Dr. Abdul Fatah Hj. Khalid dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib; Puan Julaihah Jamaludin (Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor); Alumni Asrama Kasih iaitu Encik Hassim Ramli dan Dr. Fatimah Dzohrah; serta pimpinan komuniti tempatan.

Di dewan utama, para delegasi telah mengambil tempat dan menjamu selera sambil menonton persembahan tarian kebudayaan oleh pelajar Asrama Kasih YBK. Acara disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Presiden WEF ASEAN 2025 merangkap Pengerusi Asrama Kasih YBK yang mengalu-alukan delegasi yang hadir. Video berkenaan profil YBK turut ditayangkan.

Turut menyampaikan ucapan ialah Puan Julaihah Jamaludin, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, yang memberi penerangan berkenaan maklumat-maklumat menarik berkenaan daerah Hulu Selangor.

Kemuncak acara adalah persembahan Silat Tun Fatimah, dan diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar kenangan.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program rasmi WEF ASEAN 2025 yang bertemakan โ€œWomen Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of the ASEAN Sheconomyโ€, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Jun di Kuala Lumpur. YBK adalah penganjur bersama WEF ASEAN 2025.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;