- Hit: 80
KELANA JAYA, 14 Mei 2025 – Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 5/2025 telah berlangsung dengan jayanya hari ini, melibatkan penyertaan pelbagai pihak dalam kalangan kepimpinan, pengurusan dan rakan strategik YBK.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, dan Encik Zainal Mohd Jais. Penasihat Pentadbiran YBK, Datin Dr. Hajah Hartini Osman juga turut bersama, di samping Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet YBK serta wakil daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Sesi dimulakan dengan perkongsian motivasi oleh Encik Zulhairy Jalaluddin yang memperkenalkan konsep ‘Meta Model’ dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP), memberikan inspirasi kepada semua hadirin untuk memahami kuasa komunikasi dalam membentuk pemikiran dan tindakan positif.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom kemudian mengambil alih sesi, dimulakan dengan mendengar laporan pengurusan yang disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja YBK, diikuti dengan nasihat dan peringatan berkaitan beberapa isu penting.
Antara inti pati nasihat beliau termasuklah normalisasi terhadap tingkah laku yang tidak wajar, keperluan berhati-hati dengan penipuan kewangan dan scam, serta pentingnya bersatu dan tidak berpuak-puak dalam organisasi. Beliau turut mengingatkan semua Ketua Outlet untuk membuat persediaan rapi menjelang kehadiran delegasi antarabangsa sempena WEF ASEAN 2025 yang bakal berlangsung pada bulan Jun nanti.
Encik Zainal Mohd Jais turut berkongsi peringatan tentang keikhlasan dalam bekerja, pentingnya berdoa dan mengekalkan sikap positif walaupun dalam keadaan mencabar. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad pula menekankan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap kerja masa kini serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam organisasi.
Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada Puan Norleza Hambali, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau di YBK pada akhir Mei ini. Turut diadakan ialah sambutan hari lahir bagi karyawan YBK yang lahir pada bulan Mei – sebagai simbol penghargaan dan semangat kekeluargaan yang sentiasa dipupuk dalam kalangan warga YBK.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
SEMANGAT MENDAKI MEETING NO. 5/2025
KELANA JAYA, 14 May 2025 – The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Session No. 5/2025, was successfully held today, involving the participation of various parties from YBK’s leadership, management, and strategic partners.
Also in attendance were members of the Board of Trustees, namely Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad, and Mr. Zainal Mohd Jais. YBK’s Administrative Advisor, Datin Dr. Hajah Hartini Osman, was also present, alongside Heads of Departments and YBK Outlets, as well as representatives from Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
The session began with a motivational sharing by Mr. Zulhairy Jalaluddin, who introduced the concept of the ‘Meta Model’ in Neuro-Linguistic Programming (NLP), inspiring all attendees to better understand the power of communication in shaping positive thinking and behavior.
YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, then took over the session, beginning with a management report delivered by the General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz. In his remarks, Dato’ Zainal extended Labour Day greetings to all YBK staff, followed by advice and reminders on several key matters.
Among the key takeaways from his address were: a warning against normalizing inappropriate behavior, the need to be vigilant against financial fraud and scams, and the importance of unity and avoiding internal division within the organization. He also reminded all Outlet Heads to make thorough preparations in anticipation of the upcoming visit by international delegates for WEF ASEAN 2025, which is scheduled to take place this June.
Mr. Zainal Mohd Jais also shared a timely reminder on the value of sincerity in one’s work, the importance of prayer, and maintaining a positive attitude even in challenging circumstances. Associate Professor Dr. Mohd Mursyid Arshad emphasized the need to adapt to the evolving work landscape and to strengthen the spirit of unity within the organization.
The meeting concluded with an appreciation ceremony for Ms. Norleza Hambali, the Administration and Human Resources Manager, who will be concluding her service with YBK at the end of May. Also held was a birthday celebration for YBK staff born in May – a gesture of appreciation and the continued cultivation of a strong sense of family among the YBK community.