- Hit: 43
KELANA JAYA, 16 April 2025 β Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Bil. 4/2025 telah berlangsung hari ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Encik Zulhairy Jalaluddin serta Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib (secara dalam talian). Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet YBK, para karyawan serta pelatih praktikal.
Dalam ucapannya, Datoβ Zainal menekankan kepentingan setiap jabatan mempunyai matlamat yang jelas agar visi menjadikan YBK sebagai yayasan yang unggul dapat direalisasikan. Penekanan ini hadir selaras dengan laporan petunjuk prestasi utama (KPI) suku tahun pertama yang akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga.
Beliau turut berkongsi analogi dan perumpamaan menarik yang menggambarkan pentingnya hala tuju yang kukuh dan kesepaduan dalam pasukan. Sebuah klip video turut ditayangkan, menyentuh konsep membahagiakan orang lain sebagai sumber pahala dan kecintaan Allah SWT β satu nilai yang sinonim dengan perjuangan YBK membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan.
Mesyuarat diakhiri dengan sambutan hari lahir bagi warga kerja yang lahir pada bulan April β sebagai penghargaan kecil yang menyemai semangat kekitaan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
KELANA JAYA, 16 April 2025 β The Semangat Mendaki Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) No. 4/2025 was held today.
The meeting was chaired by YBhg. Dato' Dr. (h.c.) Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, and was attended by Board of Trustees members, Mr. Zulhairy Jalaluddin and Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib (who joined online). Also present were YBKβs Heads of Departments and Outlets, staff members, and interns.
In his address, Datoβ Zainal emphasized the importance of each department having a clear objective to ensure that the vision of establishing YBK as a leading foundation can be achieved. This focus aligns with the first quarter Key Performance Indicator (KPI) report, which is to be presented to the Board.
He also shared compelling analogies and metaphors underscoring the importance of a strong direction and unity within a team. A video clip was shown, highlighting the concept of bringing happiness to others as a source of divine reward and the love of Allah SWT β a value that mirrors YBKβs mission of eradicating poverty and building well-being.
The meeting concluded with a birthday celebration for staff members born in April β a small gesture that fosters a spirit of togetherness.